KSM3B Cycling Club bersama dengan Kelab Sukan Tasik Kesuma Fasa 3B telah menganjurkan XPDC Kayuhan Santai pada 27 Jun 2010 yang julung2 kalinya diadakan dengan penglibatan seluruh warga Bandar Tasik Kesuma.
XPDC ini bertujuan memperkenalkan sukan berbasikal "mountain bike" dikalangan penduduk Bandar Tasik Kesuma sebagai sebahagian dari mekanisma beriadah disamping membina masyarakat yang kuat dan sihat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat sihat dan produktif.
Selain itu, aktiviti2 seumpama ini dapat memupuk dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim dan semangat kejiranan yang sediada agar terus berkekalan.
XPDC ini yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan yang berusia 13 tahun keatas berjaya menarik penyertaan lebih kurang 60 orang termasuk 2 orang wanita dari Kesuma 3B. Antara club yang menyertai adalah dari Perpatih Cycling Community dan Sunway. Jarak laluan 30km dikatakan amat sesuai untuk semua peringkat samada beginner ataupun expert. Hujan yang lebat pada sebelah pagi tidak menghalang para peserta yang datang dari jauh dan dekat utk menyertai event ini. Ada yang berkayuh dan ada yang berkenderaan.
XPDC ini bertujuan memperkenalkan sukan berbasikal "mountain bike" dikalangan penduduk Bandar Tasik Kesuma sebagai sebahagian dari mekanisma beriadah disamping membina masyarakat yang kuat dan sihat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat sihat dan produktif.
Selain itu, aktiviti2 seumpama ini dapat memupuk dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim dan semangat kejiranan yang sediada agar terus berkekalan.
XPDC ini yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan yang berusia 13 tahun keatas berjaya menarik penyertaan lebih kurang 60 orang termasuk 2 orang wanita dari Kesuma 3B. Antara club yang menyertai adalah dari Perpatih Cycling Community dan Sunway. Jarak laluan 30km dikatakan amat sesuai untuk semua peringkat samada beginner ataupun expert. Hujan yang lebat pada sebelah pagi tidak menghalang para peserta yang datang dari jauh dan dekat utk menyertai event ini. Ada yang berkayuh dan ada yang berkenderaan.
Pada peringkat awal, laluan dipecahkan kepada 2 iaitu laluan yang agak santai untuk beginner dan sedikit trill untuk expert. Laluan berbeza sejauh 4 km ini bercantum semula di kawasan lapang prairie yang menyediakan pemandangan yang cantik.
Perjalanan event berjalan lancar dengan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya satu kemalangan kecil yang melibatkan satu-satunya peserta wanita yang berjaya menamatkan kesemua laluan iaitu Ms Irra Monday dari Kesuma 3B (berlubang jugaklah kaki tu). Beberapa peserta juga sesat di lokasi-lokasi dimana kita dapati penanda arah telah tiada, walaubagaimanapun berjaya dipantau dengan cekap oleh Marshall. Tahniah kepada semua Marshall.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan event yang pertama kali dianjurkan ini oleh Kelab Mountain Bike Tasik Kesuma 3B. Terima kasih kami ucapkan kepada:
1. Semua para peserta.
2. Dato' Rahman sebagai sponsor utama.
3. Dr Syam.
4. Klinik Dinamik.
5. Pengerusi KRT Kesuma 3B.
6. Lain2 sponsor.
7. Marshall.
8. Urusetia (termasuk adik2 yang berada di pit stop Kg Kapal.
9. LNL (Mr Yong).
10. Polis Ulu Beranang dan Broga.
Ini adalah pengalaman yang amat berguna kepada kami dan pasti kami akan muncul lagi dengan event2 yang lebih besar untuk semua merasai kenikmatannya. Ampun dan maaf atas segala kekurangan.
Sekian harap maklum.
menarik nie
ReplyDeleteSalam Semua Rider
ReplyDeleteNampak macam menarik jerr event nie. Kiter orang pasti join punyerr...
TQ
Jika Tuan berminat, bolehlah berhubung dgn pihak urusetia. No telefon seperti tertera dalam original post. Tq.
ReplyDeleteKalau teman bukan penduduk Bandar Tasik Kesuma, teman boleh join as guest rider tak?
ReplyDeleteSure. No problem. The more the merrier. Utk pengetahuan tuan, XPDC ini ada XPDC Happy Ride. Bukan macam regular Hash or Jamboree yg memerlukan kekuatan fizikal yg tinggi. So anak, isteri semua boleh join.
ReplyDeleteSila hubungi kami utk dapatkan borang penyertaan.
Salam
ReplyDelete6 rider dari Bandar Sunway Semenyih akan menyertai kayuhan santai ulu branang.
10Q..
Tuan Zamir.
ReplyDeleteTolong sertakan nama rider, no KP, no HP, no HP (kecemasan).
Tq.
Salam..
ReplyDeleteNama sebahagian peserta dah d mailkan.
10q
Salam..
ReplyDeleteBro bila nak load gambar. Tak sabar nak tengok..
10Q...
Salam..
ReplyDeleteKami dari BSSCYCLING (Bandar Sunway Cycling team) mengucapkan ribuan terimakasih kepada tuan rumah Bandar Kesuma Lake ) atas jemputan dan layanan yg diterima semasa menyertai Kayuhan Santai Ulu Beranang.
Sekiranya ada lagi acara sebegini dan jemputan dari anda kami pasti akan menyertainya.
10Q
Tuan.
ReplyDeleteGambar 'full version' telah kami upload tadi (4/7/2010). Maaf atas kelewatan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan menyertai kami dalam Cabaran Santai Ulu Beranang.
Next...kami bercadang nak anjurkan event yang lebih mencabar. Tunggu.......panggilan dari kami akan bergema.
Komen dari Perpatih Cycling Group. Thank you Perpatih.
ReplyDeleteOk, bagi pihak Presiden Perpatih Cycling Community yang berpusat di Senawang, Negeri Sembilan, kami amat berpuas hati dengan pengajuran yang boleh kami gelar mini hash ini, sememangnya trek nya cukup santai dan sesuai untuk mereka yg baru mahupun yang lama menceburi bidang kayuhan ini. Tahniah kami ucapkan.
Tiada kelemahan yang ketara pada penganjuran XPDC ini cuma petunjuk arah haruslah di perbanyakkan agar mengelakkn peserta sesat. Saya sendiri 2 kali sesat dalam XPDC ini tetapi satu yang ingin saya puji...kecekapan marshal yg bertugas bertindak dengan segara memastikan kami tidak sesat terlalu lama. Perkara ini tidaklah berat kerana jumpah penyertaan yang agak kecil, dan perlu dititik berat kan di masa akan datang seandainya jumlah penyertaan melebihi dari 500 orang peserta.
Secara amnya, semua wakil Perpatih amat berpuas hati dgn XPDC ini dan semua pulang dengan senyum dan kenangan yg indah telah kami abadikan di dalam laman web Facebook kami. Mungkin juga kami tersenyum kerana 5 hadiah lucky draw berjaya kami bawa pulang ke Negeri Sembilan. ;).
Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Fasa 3B, Bandar Tasik Kesuma di atas penganjuran XPDC ini dan kami mengalu- alukan jemputan untuk menyertai XPDC seperti ini pada masa akan datang.
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untk menjemput warga Bandar Tasik Kesuma untuk bersama memeriahkan PCP Speed Challenge race yang diadakan pada 31 Julai ini. Kami juga mengharapkan agar dapat datang dengan seisi keluarga kerana kami akan menganjurkan juga acara seperti pertandingan melukis untuk kanak2 dan juga sukaneka untuk seisi keluarga.