ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Monday, March 2, 2015

JAMBOREE MTB LENGGENG 2015

KEPADA SEMUA RIDER2 BASIKAL MTB
JAMBOREE MTB LENGGENG DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG BELUM DITETAPKAN LAGI
ATAS PERMINTAAN PENGANJUR UTAMA
HARAP MAKLUM

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI






SRCC

Kelab Sukan Dan Rekreasi Parlimen Seremban, Negeri Sembilan (SRCC) bersama Belia DUN Lenggeng dengan kerjasama Kelab Kayuhan Kuntau, akan menganjurkan JAMBOREE MTB LENGGENG, pada hari Ahad 31 Mei 2015. 


LUNGGAH LONGGENG RIDE!!!


Nikmatilah perbezaannya dan alamilah keseronokkannya! 

Jamboree ini diadakan dengan tujuan untuk menggalakan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat Malaysia. Kuntau yang berpengalaman menganjurkan Jamboree sebanyak 2 kali (Jamboree MTB Kuntau 2012 & Karnival MTB Kuntau 2014) telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan trek bercabaran sederhana, dengan jarak lebih kurang 30km. Kali ini konsep kayuhan dan trek sesuai untuk semua termasuklah kepada penunggang yang baru menceburi sukan ini yang inginkan cabaran menunggang mountain bike.

Hadiah wang tunai bagi peserta yang berjaya menamatkan kayuhan ditempat teratas bagi setiap kategori Jamborace & Jamboree. Peserta juga layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah termasuk basikal MTB jenis KTM Ultra terbaru, KHS Agulia serta barangan lain!

Acara penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh tetamu kehormat - Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan.


INFO RINGKAS

TARIKH  : 31 May 2015
LOKASI  : Padang Awam Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan
ACARA   : Race & Jamboree

YURAN PENYERTAAN

   JAMBORACE   : RM100
   JAMBOREE      : RM60

MAKLUMAT TRACK

   1. +-30km
   2. Fast track
   3. >70 kawasan rimbun.

PENDAFTARAN :

   TARIKH MULA : Akan dibuka tidak lama lagi.
   TARIKH TUTUP : 30 April 2015







Spesifikasi basikal mungkin berlainan drpd yang tertera dalam gambar.


 
Spesifikasi basikal mungkin berlainan drpd yang tertera dalam gambar.



KAYUHAN TAHUNAN KUNTAU EDISI KE-6 : BUKIT BENDERA

KAYUHAN TAHUNAN KUNTAU EDISI KE-6 : BUKIT BENDERA
13 DISEMBER 2014

Pada 13hb Disember 2014 yang lepas, buat kali ke-6, satu kayuhan tahunan KKK telah diadakan. Kali ini bertempat di Pulau Pinang. Program bermula dari 12hb -14hb Disember 2014. Kayuhan tahunan kali ini telah disertai oleh ahli yang datang bersama ahli keluarga masing-masing, mengambil kesempatan menggunakan kayuhan kali ini untuk bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Jarak kayuhan adalah sejauh lebih kurang 80km. Bermula dari Seberang Prai, peserta mengambil feri ke Jeti Pulau Pinang. Seterusnya berkayuh dari jeti ke kaki Bukit Bendera, melalui jalan bandar.


Kayuhan yang paling mencabr adalah dari Kaki Bukit Bendera menuju ke puncak, sejauh 4 - 5 km, di mana kecuraman bukit tersebut menyebabkan ramai ahli yang hampir kehabisan tenaga dan air.


Selepas berehat dan makan tengahari di puncak Bukit Bendera, para ahli berkayuh disekitar tempat menarik dipuncak, sebelum turun semula melalui jalan off-road.





Kayuhan tamat pada jam 6.30 petang. Pada sebelah malannya, telah diadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga masing-masing, yang juga ahli kelab.











PROGRAM SIHATHON - SK BDR TASIK KESUMA

PROGRAM SIHATHON - SK BDR TASIK KESUMA
1 NOVEMBER 2014

Pada 1 November 2014, yang lalu, Kelab Kayuhan Kuntau telah dijemput oleh SK Bandar Tasik Kesuma bagi menjayakan Program Sihathon. Program ini diadakan oleh pihak sekolah sebagai satu aktiviti menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan pelajar, guru dan ibubapa sekolah tersebut.



Selain dari mengetuai kayuhan, para ahli juga terlibat dalam aktiviti sampingan disekolah, seperti gerai jualan, senamrobik dan pameran. Selain dari ahli-ahli dari kawasan setempat, ahli KKK dari luar seperti Seremban dan Bangi juga telah meluangkan masa untuk turut serta. 



Terdapat dari kalangan pelajar sekolah ini juga merupakan ahli junior KKK. Oleh yang demikian, mereka juga telah turut serta berkayuh bersama ibu-bapa masing-masing. Bagi ahli lain, mereka telah bertugas untuk mengiringi dan mengawasi keselamatan para pelajar sepanyang kayuhan, yang melalui kawasan sekitar pekan Beranang.

Program ini telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN KUNTAU & MAKAN MALAM TAHUNAN

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN KUNTAU
MAKAN MALAM KUNTAU KE-2

SABTU 18 OKTOBER 2014



Pada 18 Oktober 2014 yang lepas, Kelab Kayuhan Kuntau telah mengadakan Makan Malam Tahunan yg Ke-2 (Annual Dinner) bagi meraikan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai disepanjang tahun 2014. Majlis ini diadakan bertempat di Pusat Rekreasi Taman Pelangi Semenyih.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan dari Presiden Kelab, Tuan Syed Shahzan. Para tetamu majlis juga dihidangkan dengan tayangan slide program-program kelab yang berlangsung sepanjang tahun 2014.

Pada malam itu juga, anugerah kecemerlangan telah disampaikan kepada pemenang-pemenang dalam setiap kategori yang disediakan. Berikut adalah senarai mereka yang terpilih berdasarkan pencapaian mereka sepanjang tahun 2014:

Anugerah Kuntau Lelaki Terbaik : Mohd Faizal Muheiddin/Redzuan/Azizul (AJ)
Anugerah Kuntau Perempuan Terbaik : Haslinda
Anugerah Kuntau Veteran Lelaki Terbaik : Azman Jamil
Anugerah Kuntau Veteran Perempuan Terbaik : Rytta Zeq
Anugerah Kuntau Junior Lelaki Terbaik : Mohd Afeq Zamri
Anuregah Kuntau Junior Perempuan Terbaik : Jalilah Zuraimi
Anugerah Khas Kuntau : En Badrulhisyam Abu Bakar

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.