ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Jamboree MTB Bukit Broga 2011


Alhamdulillah hari ini April 24 2011 telah berlansungnya mesyuarat penyelarasan Jamboree MTB Bukit Broga 2011 bertempat di Starfield Golf Club , Mantin NS.Mesyuarat telah dihadiri oleh 13 ahli Kelab Kayuhan Kuntau dengan diserikan oleh kehadiran Pengerusi KRT Fasa 3B Encik Johari dan orang kuat Fasa 3B , Haji Jamli Mohamed .Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Badrulhisyam telah bermula jam 9.30 pagi.Antara ketetapan yang telah dicapai pada mesyuarat hari ini adalah seperti berikut:

Nama Program: Jamboree MTB Bukit Broga 2011
Tarikh : 13 November 2011

Perlantikan Ahli Jawatankuasa induk:

Pengerusi Program: Syed Shahzan Muzamir
Naib Pengerusi: Badrulhisyam
Setiausaha: Sufian Sulaiman
Bendahari: Haji Jamli Mohamed dibantu oleh Zulqarnain Zainal Abidin

Ketua-ketua Unit:

Promosi dan Perhubungan:Mohd Ali Hanapiah dan Zuraimi Abu Hassan
Keselamatan: Jasmi Mohd Yasin
Ekonomi: Suzairy Ibrahim dan Sufian Sulaiman
Teknikal: Zuraimi Abu Hassan dan Shuhaimi Yusop
Pentadbiran: Badrulhisyam
Makanan dan Minuman:Hairullizam dan Amran Mahmod.
Program pengisian:KRT Fasa 3B



Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12 tengahari dan mesyuarat berikutnya akan berlansung pada 22 Mei 2011.Tempat dan masa akan diberitahu kemudian.

Terima Kasih.

















Thursday, April 21, 2011

WAKIL KUNTAU KE JAMBOREE KAMPUNG RIDE , BUKIT KATIL MELAKA






1.Sdr Ayie

2.Puan Yati

3.Sdr Zul


Selamat berjamboree buat ketiga-tiga wakil Kuntau

Tuesday, April 19, 2011

LAST LAST PASAL BTG KALI...LEPAS NI CONFIRMED TUTUP CERITA























DAH' DAH SUDAH...TUTUP CI'TER BATANG KALI

Santai sambil tunggu Salamah buat registration dan collect goodies yang tak muncul


Ni tentu-tentu sebelum jamboree batal ...lepas dibatalkan penuh beb atas stage ni.. Pemandangan biasa di Jamboree..
Apa nk buat ni??Nak patah balik ke nak teruskan..pening-pening....
Belon Giant tu tak bersalah bro
Hanapi bersama blogger Prima Riders..

Sunday, April 17, 2011

APA DAH JADI JAMBOREE MTB 1 BATANG KALI?

Niat dan matlamat untuk melayan trek XC Sungai Buaya yang diwar-war kan oleh pihak penganjur antara yang terbaik dan tercantik di Malaysia tidak kesampaian akibat daripada kelemahan dan kesilapan pihak penganjur.Awal-awal lagi dah nampak kelemahan apabila goodies gagal diberikan kepada peserta sewaktu pendaftaran.Aku rasa pihak penganjur telah disabotaj oleh orang-orang mereka sendiri??

Namun begitu, sikap gentlemen penganjur harus dipuji apabila berani berhadapan dengan peserta dan berjanji untuk memulangkan semula yuran penyertaan yang telah dibayar oleh peserta.

Apa-apa pun ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau tetap ceria dan aku berazam untuk datang semula ke lokasi jamboree pada hari yang sesuai untuk menghabiskan layanan trek XC Sg Buaya.

Friday, April 15, 2011

KUNTAU NEWS

Berikutan dari beberapa siri mesyuarat ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau , satu keputusan telah dicapai secara bersama iaitu cadangan untuk menganjurkan Jamboree MTB XC pada November 2011.Sehubugan dengan itu , satu langkah yang lebih serius dan proaktif telah dirangka supaya perkara yang dirancang menjadi kenyataan.


Oleh itu , semua ahli Kelab Kayuhan Kuntau adalah dijemput untuk turut serta mencurahkan idea dan pandangan di mesyuarat yang seterusnya yang akan diadakan pada :


Tarikh: Ahad , 24 April 2011

Masa: 9.00 - 11.30 pagi

Tempat: Staffield Golf & Country Resort , Mantin N.S


Kepada semua yang bakal hadir , diucapkan selamat bermesyuarat.



Monday, April 11, 2011

KUNTAU KE KARNIVAL MTB 1 BATANG KALI

1.Bob Zuraimi

2.Hairul

3. Zaidi


4.Sharul Don

5.Khalil

6.Zul

7.Hanapi

8.Shuhaimi

9.Syed

10.Sufian

11.Ayie

12.Munira Isnin

13.Azizah

14.Amran

15.Badrulhisyam

16.Jasmi


Kuntaurians akan bertolak tepat jam 5am. Tempat berkumpul adalah di Pondok KRT F3B.

Wednesday, April 6, 2011

MTB-Mari Tolak Basikal

Bro , mano poie sonyum ekau yang manis tu..??haha..Juara pun dah tak boleh senyum, apa lagi aku yang tak juara ni..

Jang oh Jang ...Poei mano kayuh tu??

Untuk Jamboree Perpatih MTB Cabaran Bukit Putus seramai 13 kaki kayuh Kuntau telah menyahut cabaran.Seawal 5.30pagi semua pengayuh telah berkumpul di padang F3B dan memulakan perjalanan menuju ke tapak jamboree dengan selamatnya.Alhamdulillah , semua pengayuh Kuntau telah berjaya menamatkan kayuhan sejauh 40km++ tanpa sebarang masalah yang kritikal sama ada basikal mahupun diri sendiri..Tahniah kepada semua pengayuh Kelab Kayuhan Kuntau..Kita layan gambo....

Ayie yang sangat ceria "SEBELUM" kayuhan bermula..
Ayie yang tetap ceria SELEPAS kayuhan tamat...hehehe...
Amran xcited giler for his first jamboree...Bravo bro...
Pian dan Sal merangkap pengurus pasukan ditemani oleh kuntau junior...geram nk kayuh sebenor nya tu...

Kuntau yang semakin glamour dan dabombbbbb
Ingatkan beli untuk semua ahli kelab!!!!aleh-aleh dia punya je...











Jangan cuba-cuba betulkan mata anda...memang ketinggian tak sama rata..

Tuesday, April 5, 2011

THE JUARA

Sekali lagi Zaidi membuktikan kehandalan...Kuntau Champ at Perpatih MTB Jamboree Cabaran Bukit Putus , April 3 2011