ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Monday, July 18, 2011

Kuntau@Kayuhan Latihan PCC

Date: 17 July 2011


Route : BT Kesuma-Kg Tarun-Kg Kapal-Bukit Broga-Kesuma


Distance: 36.79km

Minggu lepas 17 July merupakan kayuhan latihan siri 3 sebelum PCC.Seramai 14 pengayuh tegar Kuntau Ayie,Azmie,Fizal,Zaidi,Khalil,Sharul Don,Zulq,Pian,Wan Soljer,Bro Sham,David, Azha,Amran dan Syed telah menghadirkan diri dan basikal .Awal-awal lagi sebelum golek para rider's telah dihidangkan dengan group set baru SRAM X7 n X9 berkilat memancar yang dipasang oleh tuan punya MTB Khalil, Fizal dan Azmie.Perghhhhh geram nyaaa.


Golekan tayar bermula jam 8.15am , seperti biasa ladang kelap sawit belakang BT Kesuma(Sektor 1).Waktu ni semua rider's nampak fresh sebab tak de sorang pun pi layan bukit pacak kolam ikan.Dengar cerita bukit pacak dah dikemaskan semak-samun nya , jeng jeng jeng , mungkin ini salah satu laluan PCC nanti.Pinjam kata David , lu orang mesti champion lah sebab homeground.


Kayuhan seterusnya bersambung ke Kg Kapal (Sektor3) , skip Sektor 2 ,aduhhhhh tuan tanah kebun durian dah pasang pagar la pulak...tak pe kasi redah je geng..hasilnya jumpa la single trek baru...layannnn.Cuaca pun dah mula panas.Seperti biasa tamat Sektor 3 , kita minum dulu kat Mamak Stall pekan Broga.


Jam 11 pagi sampai di kaki Bukit Broga (Sektor 4) , Bro Sham decided not to continue , kaki dah mula sengal, tak pe bro habis layan Bukit Broga kami calling calling jumpa di Tasik Semenyih.Baki 13 rider's sambung uphill n downhill sampai bengkak .Tengah downhill selisih pulak dengan mamat motor scrambler, Marshall PCC ke? Kedengaran ''best-best'' daripada rider's yang pertama kali mengerah keringat nak habiskan sektor 4 ni .


Dah dah jom balik , Bro Sham dan Zul dah tunggu kat Sektor 5 , apa lagi berdesup , Wo!! wo!! rider down masuk lubang kata Pian!!!! nasib Ayie luka-luka sikit je , tak de alasan la nak tarik diri dari PCC .60km tuuu.


Tayar berhenti golek pada jam 1.30pm. Tahniah dan terima kasih kepada semua pengayuh , Selamat Berjamboree kepada ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau yang telah mendaftar untuk PCC.Good luck to you too Mr David Ong.















***Tamat***


Friday, July 1, 2011

JERSEY KELAB KAYUHAN KUNTAU

Untuk maklumat dan tempahan, sila hubungi Sdr Sufian Sulaiman.

Tuesday, June 28, 2011

JERSEY KELAB KAYUHAN KUNTAU

Setelah hampir sepurnama lamanya,hasil curahan idea ahli-ahli kelab yang kemudiannya digarap oleh Bro Sham, maka terhasil lah 'Jersey Kelab Kayuhan Kuntau'.

Wednesday, May 25, 2011

JASIN S2H JAMBOREE

Ayie dan Zul.. 2 wakil Kuntau Ke Jasin Jamboree

**Selamat Berjuang**








Wednesday, May 18, 2011

Kayuhan Gabungan

Tarikh:17 May 2011:Seramai 30 orang pengayuh Bandar Tasik Kesuma telah mengorbankan cuti umum masing-masing apabila telah menyahut cabaran berkayuh bersama-sama untuk pertama kalinya.Kayuhan pada hari tersebut yang berfomatkan santai di namakan Kayuhan Gabungan Kelab Kayuhan Kuntau , Fasa IM dan Fasa 3C dan Fasa IL.Taklimat laluan telah disampaikan oleh Sdr Hurrie dari Fasa IL merangkumi laluan sejauh 30km melalui Kampung Sasapan Minangkabau , Pekan Lenggeng , Pekan Ulu Branang , Kg tarun dan tamat di Bandar Tasik kesuma.


Kayuhan bermula pada jam 8 pagi dalam keadaan cuaca yang tidak berapa panas.Para pengayuh telah bersepakat untuk berhenti di Pekan Lenggeng (km13) untuk bersarapan.Kesempatan tersebut digunakan untuk berkenalan sesama pengayuh dan bertukar-tukar pengalaman.


Kayuhan disambung semula pada jam 9.30 pagi.Diwaktu ini masalah teknikal menimpa salah seorang pengayuh apabila tiub tayar sotong nya pecah.Ini menyebabkan pengayuh telah berpecah kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama telah sampai di Pekan Ulu Beranang manakala kumpulan kedua masih di Pekan Lenggeng memenami rakan yang mengalami masalah.Keputusan akhirnya dicapai dengan memberi laluan kepada kumpulan pertama untuk bergerak pulang dahulu dan diikuti oleh kumpulan kedua apabila masalah telah diatasi.


Kayuhan tamat jam 11.45 pagi dan kedua-dua kumpulan akhirnya berjumpa dan berkumpul semula di Fasa 3D.


Terima Kasih kepada semua pengayuh Bandar Tasik Kesuma


































Friday, May 6, 2011

KUNTAU KE CRAVINGS CHARITY RIDE MAY 15 ,2011

1.Ayie


2.Yati


3.Schumie


4.Shahmi Jr.


5.Shaiful


6.Syam


7.Sharul Don


8.Bob


9.Pian


10.Siti Sarah


11.Rashid


12.Zul


13.Azizah


14.Hairul Amir


15.Amran


16.Khalil


17.Zarina


18.Zaidi.

Wednesday, May 4, 2011

KUNTAU@BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE MAY 1, 2011




Zarina , kayuh semula lepas lama berehat



Yati , her first jamboree , cam ne Kak?








Abang mana Kak ?melepas dalam hutan ke...




















Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Jamboree MTB Bukit Broga 2011


Alhamdulillah hari ini April 24 2011 telah berlansungnya mesyuarat penyelarasan Jamboree MTB Bukit Broga 2011 bertempat di Starfield Golf Club , Mantin NS.Mesyuarat telah dihadiri oleh 13 ahli Kelab Kayuhan Kuntau dengan diserikan oleh kehadiran Pengerusi KRT Fasa 3B Encik Johari dan orang kuat Fasa 3B , Haji Jamli Mohamed .Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Badrulhisyam telah bermula jam 9.30 pagi.Antara ketetapan yang telah dicapai pada mesyuarat hari ini adalah seperti berikut:

Nama Program: Jamboree MTB Bukit Broga 2011
Tarikh : 13 November 2011

Perlantikan Ahli Jawatankuasa induk:

Pengerusi Program: Syed Shahzan Muzamir
Naib Pengerusi: Badrulhisyam
Setiausaha: Sufian Sulaiman
Bendahari: Haji Jamli Mohamed dibantu oleh Zulqarnain Zainal Abidin

Ketua-ketua Unit:

Promosi dan Perhubungan:Mohd Ali Hanapiah dan Zuraimi Abu Hassan
Keselamatan: Jasmi Mohd Yasin
Ekonomi: Suzairy Ibrahim dan Sufian Sulaiman
Teknikal: Zuraimi Abu Hassan dan Shuhaimi Yusop
Pentadbiran: Badrulhisyam
Makanan dan Minuman:Hairullizam dan Amran Mahmod.
Program pengisian:KRT Fasa 3B



Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12 tengahari dan mesyuarat berikutnya akan berlansung pada 22 Mei 2011.Tempat dan masa akan diberitahu kemudian.

Terima Kasih.

















Thursday, April 21, 2011

WAKIL KUNTAU KE JAMBOREE KAMPUNG RIDE , BUKIT KATIL MELAKA






1.Sdr Ayie

2.Puan Yati

3.Sdr Zul


Selamat berjamboree buat ketiga-tiga wakil Kuntau