Tarikh:17 May 2011:Seramai 30 orang pengayuh Bandar Tasik Kesuma telah mengorbankan cuti umum masing-masing apabila telah menyahut cabaran berkayuh bersama-sama untuk pertama kalinya.Kayuhan pada hari tersebut yang berfomatkan santai di namakan Kayuhan Gabungan Kelab Kayuhan Kuntau , Fasa IM dan Fasa 3C dan Fasa IL.Taklimat laluan telah disampaikan oleh Sdr Hurrie dari Fasa IL merangkumi laluan sejauh 30km melalui Kampung Sasapan Minangkabau , Pekan Lenggeng , Pekan Ulu Branang , Kg tarun dan tamat di Bandar Tasik kesuma.
Kayuhan bermula pada jam 8 pagi dalam keadaan cuaca yang tidak berapa panas.Para pengayuh telah bersepakat untuk berhenti di Pekan Lenggeng (km13) untuk bersarapan.Kesempatan tersebut digunakan untuk berkenalan sesama pengayuh dan bertukar-tukar pengalaman.
Kayuhan disambung semula pada jam 9.30 pagi.Diwaktu ini masalah teknikal menimpa salah seorang pengayuh apabila tiub tayar sotong nya pecah.Ini menyebabkan pengayuh telah berpecah kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama telah sampai di Pekan Ulu Beranang manakala kumpulan kedua masih di Pekan Lenggeng memenami rakan yang mengalami masalah.Keputusan akhirnya dicapai dengan memberi laluan kepada kumpulan pertama untuk bergerak pulang dahulu dan diikuti oleh kumpulan kedua apabila masalah telah diatasi.
Kayuhan tamat jam 11.45 pagi dan kedua-dua kumpulan akhirnya berjumpa dan berkumpul semula di Fasa 3D.
Terima Kasih kepada semua pengayuh Bandar Tasik Kesuma
tahniah buat riders BTKesuma kerana dapat bersama-sama ride. acara beginilah yg dinanti-nantikan semua supaya rider di BTKesuma akan bertambah lagi..... Insyallah
ReplyDelete