ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Monday, July 18, 2011

Kuntau@Kayuhan Latihan PCC

Date: 17 July 2011


Route : BT Kesuma-Kg Tarun-Kg Kapal-Bukit Broga-Kesuma


Distance: 36.79km

Minggu lepas 17 July merupakan kayuhan latihan siri 3 sebelum PCC.Seramai 14 pengayuh tegar Kuntau Ayie,Azmie,Fizal,Zaidi,Khalil,Sharul Don,Zulq,Pian,Wan Soljer,Bro Sham,David, Azha,Amran dan Syed telah menghadirkan diri dan basikal .Awal-awal lagi sebelum golek para rider's telah dihidangkan dengan group set baru SRAM X7 n X9 berkilat memancar yang dipasang oleh tuan punya MTB Khalil, Fizal dan Azmie.Perghhhhh geram nyaaa.


Golekan tayar bermula jam 8.15am , seperti biasa ladang kelap sawit belakang BT Kesuma(Sektor 1).Waktu ni semua rider's nampak fresh sebab tak de sorang pun pi layan bukit pacak kolam ikan.Dengar cerita bukit pacak dah dikemaskan semak-samun nya , jeng jeng jeng , mungkin ini salah satu laluan PCC nanti.Pinjam kata David , lu orang mesti champion lah sebab homeground.


Kayuhan seterusnya bersambung ke Kg Kapal (Sektor3) , skip Sektor 2 ,aduhhhhh tuan tanah kebun durian dah pasang pagar la pulak...tak pe kasi redah je geng..hasilnya jumpa la single trek baru...layannnn.Cuaca pun dah mula panas.Seperti biasa tamat Sektor 3 , kita minum dulu kat Mamak Stall pekan Broga.


Jam 11 pagi sampai di kaki Bukit Broga (Sektor 4) , Bro Sham decided not to continue , kaki dah mula sengal, tak pe bro habis layan Bukit Broga kami calling calling jumpa di Tasik Semenyih.Baki 13 rider's sambung uphill n downhill sampai bengkak .Tengah downhill selisih pulak dengan mamat motor scrambler, Marshall PCC ke? Kedengaran ''best-best'' daripada rider's yang pertama kali mengerah keringat nak habiskan sektor 4 ni .


Dah dah jom balik , Bro Sham dan Zul dah tunggu kat Sektor 5 , apa lagi berdesup , Wo!! wo!! rider down masuk lubang kata Pian!!!! nasib Ayie luka-luka sikit je , tak de alasan la nak tarik diri dari PCC .60km tuuu.


Tayar berhenti golek pada jam 1.30pm. Tahniah dan terima kasih kepada semua pengayuh , Selamat Berjamboree kepada ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau yang telah mendaftar untuk PCC.Good luck to you too Mr David Ong.















***Tamat***


No comments:

Post a Comment