KAYUHAN SANTAI BANDAR TASIK KESUMA KRT F3B
Pada 18 May 2013, KRT Bandar Tasik Kesuma telah menganjurkan kayuhan santai sejauh 20km dengan kerjasama Kelab Kayuhan Kuntau. Kayuhan terbuka kepada semua penduduk BTK Fasa 3B tidak kira peringkat umur dan jantina dan juga kepada semua Kuntau riders. Kelab Kayuhan Kuntau telah menyediakan beberapa basikal buat yang tidak berbasikal. Manakala kepada yang berbasikal tapi rosak, telah dibaiki dengan menggunakan budget KRT.
Kayuhan ini terbahagi kepada 3 sektor. Sektor pertama laluan on-road dengan jarak 5km bermula dari padang BTK F3B hingga ke kolam memancing ikan Sebare. Di sana, semua riders akan dihidangkan dengan sarapan dibawah gazebo dengan pemandangan indah di tepi tasik.
Sektor kedua laluan on-road berjarak 5 km bermula dari kolam pancing Sebare hingga ke Kg Tarun. Disini, riders telah dibahagi kepada 2 kumpulan.
Sektor ketiga, melibatkan 2 laluan berbeza iaitu on-road dan off-road dengan jarak 10km. 2/3 drpd jumlah riders memilih utk mencuba laluan off-road. Selebihnya balik ikut laluan on-road. Semua riders tiba semula di BTK F3b pada jam 11.00am. Ternyata, ia adalah pengalaman yang menyeronokan buat yang pertama kali mencuba berbasikal dalam hutan.
Setiap peserta akan mendapat satu T-shirt percuma, repair basikal percuma, dan makan percuma.
KUNTAU akan kembali dengan banyak aktiviti lagi.
No comments:
Post a Comment