
Picture 1 : The Logo

Picture 2 : This is the 'Start/Finish' line of the Olympic X-country race held on 7/8/2010 at Kg Tok Senik.
Khamis 5/8/2010 :
9.30pm - Persiapan bermula. Riders semua berkumpul. Semua barang dimuatkan ke dalam kereta. Check on items by President.
11.30pm - 7 riders, 7 mtbs, 2 mpvs ... memulakan perjalanan ke Langkawi.
Jumaat 6/8/2010 :
8.00am - Tiba di Jeti Kuala Perlis.
9.30am - Perjalanan ke Kuah, Langkawi.
10.30am - Tiba di Kuah. Transport disediakan utk ke hotel.
3.30pm - Memulakan kayuhan dari hotel Akasia ke Kg Tok Senik untuk tujuan pendaftaran. Jarak perjalanan 6km. Semasa pendafdataran, sempat berbual dgn Morgan Pillay (the current world champion).
5.30pm - Berkayuh pulang ke hotel.
8.30pm - Naik teksi ke Kg Tok Senik untuk menghadiri welcome dinner.
Sabtu 7/8/2010 :
8.30am - Selepas sarapan ringan, berkayuh ke Kg Tok Senik.
10.00am - Event pertama Olympic Cross Country dimulakan iaitu untuk Kategori Masters (Veteren), Junior U-16. Our team represented by Syed, Schumie, Hanafi, Sufian, Rashid and Bob. Objective is to complete 4 laps. Laluan sepanjang 4.3km agak mencabar dengan pendakian dan penurunan bukit yang curam ditambah dengan trail yang becak dan berlumpur.
11.00am - Event selesai dengan Schumie berjaya menamatkan 3 laps, Bob dgn 2 laps dan yang lain 1 lap. Mengikut anggaran, lebih daripada separuh peserta hanya dapat menamatkan 1 lap.
1.30pm - Event Men Elite dimulakan dan Zaidi sebagai wakil Kuntau. Zaidi berjaya menamatkan 3 pusingan.
4.00pm - Cabutan bertuah, tapi tak seorang pun ahli Kuntau yang bertuah.
5.00pm - Berkayuh pulang ke hotel.

Picture 2 : The Champ
Ahad 8/8/2010 :
8.00am - Memulakan kayuhan sejauh 22km dari hotel ke Telaga Harbour. Kami dimaklumkan bahawa tiada transport disediakan oleh penganjur. Perjalanan agak meletihkan kerana berbukit bukit.
11.00am - Bermulalah event Endurance Cross Country. Dalam masa 6 jam, pelumba perlu membuat sebanyak pusingan yang boleh. Jarak satu lap adalah 8.5km. Team bersponsor ada machai yang menyediakan air sepanjang perlumbaan. Kami yang tiada machai ini terpaksa melantik diri jadi machai. Bila kehabisan air, kami sendiri kena beli di kedai Petronas berhampiran. Ini murugikan masa di tambah dengan kepenatan bagi mengharungi perjalanan pagi tadi.
5.00pm - Masa penamat bagi acara Endurance Cross Country. Zaidi berjaya menamatkan 8 pusingann. Bob 7 pusingan. Syed, Hanafi, Schumie 6 pusingan. Dan Sufian dapat 5 laps. Schumie tercedera agak teruk di bahagian muka kerana terjatuh di awal pusingan ke 7. Sufian mengalami penghydratan yang agak serious.
6.00pm - Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Walaupun tiada wakil kami yang menggondol hadiah utama, tetapi pencapaian kami amat memberansangkan (above average....banding dengan wakil TM yg lain lar..hehehe).
7.00pm - Pulang semula ke hotel dengan menaiki lori.
Isnin 9/8/2010 :
9.00am - Basuh basikal di Car Wash.
11.00am - Memulakan perjalanan pulang.
11.30pm - Selamat tiba di Kesuma.
Langkawi MTB Challange 2010 - Kesudahan Yang Memalukan
ReplyDeleteAcara yang bermula dengan publisiti dan sambutan yang membanggakan kini berakhir dengan tempo yang menyedihkan. Kesan kegagalan pihak komisar dan pengajur mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu keputusan pelumbaan. Transponder yang di gunakan telah menunjukkan tanda2 akan gagal diperingkat pendaftaran pelumba lagi. Transpoder tersebut terpaksa menggunakan 'hair dryer' untuk membaca data pelumba pada sesi pendaftaran seterusnya pada perlumbaan hari pertama di Tok Senik telah terbukti transpoder tersebut gagal. Semua keputusan perlumbaan hari itu kelam kabut dan tonggang langang. Keadaan tersebut tidak membawa sebarang iktibar kepada pihak pengajur mahupun pihak komisar, mereka angkuh dan tidak mengendahkan sebarang aduan orang ramai. Olehitu, mereka terus menggunakan sistem yang sama dan tidak menyediakan manual backup sistem yang mantap untuk menghadapi perlumbaan keesokkan hari (manual backup yang dibuat hanya untuk lepas batuk ditangga). Kesan nya, seperti yang di jangkakan keputusan perlumbaan pada hari Endurance Race juga kelam kabut dan tonggang langang.
Kini puluhan pelumba malahan ratusan pengunjung yang menyaksikan perlumbaan tersebut, dalam dan luar negara merasa terainaya, 'frust' dan tidak puashati. Ramai telah melahirkan perasaan tersebut dalam pelbagai bentuk dan menulis dalam pelbagai website. Olehitu, saya sebagai seorang pengiat sukan berbasikal memohon agar ada pihak sama ada Persatuan Berbasikal Kebangsaan/Kem. Belia & Sukan atau Kem. Pelangcongan, berbincangan dengan pihak pengajur agar mereka menangani isu ini dengan perihatin dan rasa tanggung jawab kerana ia melibatkan nama baik Tun yang mewawarkan acara tersebut dan maruah negara.
Sekian, Majulah Sukan untuk Negara.
Salam 1 Malaysia.