ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Tuesday, June 8, 2010

XPDC Kayuhan Santai - Cabaran Ulu Beranang.

KSM3B Cycling Club bersama dengan Kelab Sukan Tasik Kesuma Fasa 3B telah menganjurkan XPDC Kayuhan Santai pada 27 Jun 2010 yang julung2 kalinya diadakan dengan penglibatan seluruh warga Bandar Tasik Kesuma.
XPDC ini bertujuan memperkenalkan sukan berbasikal "mountain bike" dikalangan penduduk Bandar Tasik Kesuma sebagai sebahagian dari mekanisma beriadah disamping membina masyarakat yang kuat dan sihat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat sihat dan produktif.
Selain itu, aktiviti2 seumpama ini dapat memupuk dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim dan semangat kejiranan yang sediada agar terus berkekalan.
XPDC ini yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan yang berusia 13 tahun keatas berjaya menarik penyertaan lebih kurang 60 orang termasuk 2 orang wanita dari Kesuma 3B. Antara club yang menyertai adalah dari Perpatih Cycling Community dan Sunway. Jarak laluan 30km dikatakan amat sesuai untuk semua peringkat samada beginner ataupun expert. Hujan yang lebat pada sebelah pagi tidak menghalang para peserta yang datang dari jauh dan dekat utk menyertai event ini. Ada yang berkayuh dan ada yang berkenderaan.
Pada peringkat awal, laluan dipecahkan kepada 2 iaitu laluan yang agak santai untuk beginner dan sedikit trill untuk expert. Laluan berbeza sejauh 4 km ini bercantum semula di kawasan lapang prairie yang menyediakan pemandangan yang cantik.
Perjalanan event berjalan lancar dengan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya satu kemalangan kecil yang melibatkan satu-satunya peserta wanita yang berjaya menamatkan kesemua laluan iaitu Ms Irra Monday dari Kesuma 3B (berlubang jugaklah kaki tu). Beberapa peserta juga sesat di lokasi-lokasi dimana kita dapati penanda arah telah tiada, walaubagaimanapun berjaya dipantau dengan cekap oleh Marshall. Tahniah kepada semua Marshall.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan event yang pertama kali dianjurkan ini oleh Kelab Mountain Bike Tasik Kesuma 3B. Terima kasih kami ucapkan kepada:
1. Semua para peserta.
2. Dato' Rahman sebagai sponsor utama.
3. Dr Syam.
4. Klinik Dinamik.
5. Pengerusi KRT Kesuma 3B.
6. Lain2 sponsor.
7. Marshall.
8. Urusetia (termasuk adik2 yang berada di pit stop Kg Kapal.
9. LNL (Mr Yong).
10. Polis Ulu Beranang dan Broga.
Ini adalah pengalaman yang amat berguna kepada kami dan pasti kami akan muncul lagi dengan event2 yang lebih besar untuk semua merasai kenikmatannya. Ampun dan maaf atas segala kekurangan.
Sekian harap maklum.