PROGRAM SIHATHON - SK BDR TASIK KESUMA
1 NOVEMBER 2014
Pada 1 November 2014, yang lalu, Kelab Kayuhan Kuntau telah dijemput oleh SK Bandar Tasik Kesuma bagi menjayakan Program Sihathon. Program ini diadakan oleh pihak sekolah sebagai satu aktiviti menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan pelajar, guru dan ibubapa sekolah tersebut.
Selain dari mengetuai kayuhan, para ahli juga terlibat dalam aktiviti sampingan disekolah, seperti gerai jualan, senamrobik dan pameran. Selain dari ahli-ahli dari kawasan setempat, ahli KKK dari luar seperti Seremban dan Bangi juga telah meluangkan masa untuk turut serta.
Terdapat dari kalangan pelajar sekolah ini juga merupakan ahli junior KKK. Oleh yang demikian, mereka juga telah turut serta berkayuh bersama ibu-bapa masing-masing. Bagi ahli lain, mereka telah bertugas untuk mengiringi dan mengawasi keselamatan para pelajar sepanyang kayuhan, yang melalui kawasan sekitar pekan Beranang.
Program ini telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.
No comments:
Post a Comment