KAYUHAN TAHUNAN KUNTAU EDISI KE-6 : BUKIT BENDERA
13 DISEMBER 2014
Pada 13hb Disember 2014 yang lepas, buat kali ke-6, satu kayuhan tahunan KKK telah diadakan. Kali ini bertempat di Pulau Pinang. Program bermula dari 12hb -14hb Disember 2014. Kayuhan tahunan kali ini telah disertai oleh ahli yang datang bersama ahli keluarga masing-masing, mengambil kesempatan menggunakan kayuhan kali ini untuk bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Jarak kayuhan adalah sejauh lebih kurang 80km. Bermula dari Seberang Prai, peserta mengambil feri ke Jeti Pulau Pinang. Seterusnya berkayuh dari jeti ke kaki Bukit Bendera, melalui jalan bandar.

Kayuhan yang paling mencabr adalah dari Kaki Bukit Bendera menuju ke puncak, sejauh 4 - 5 km, di mana kecuraman bukit tersebut menyebabkan ramai ahli yang hampir kehabisan tenaga dan air.
Selepas berehat dan makan tengahari di puncak Bukit Bendera, para ahli berkayuh disekitar tempat menarik dipuncak, sebelum turun semula melalui jalan off-road.
Kayuhan tamat pada jam 6.30 petang. Pada sebelah malannya, telah diadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga masing-masing, yang juga ahli kelab.
No comments:
Post a Comment