ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Tuesday, June 19, 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelab Kayuhan Kuntau ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peminat sukan Mountain Bike yang telah hadir menjayakan Jamboree MTB Kuntau 2012, yang telah berlansung pada 17.06.2012 yang lalu.

Ucapan terima kasih juga kepada tetamu VIP, YB Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz, ADUN Semenyih yang telah sudi hadir untuk upacara pelepasan peserta acara Jamboree. Serta ucapan terima kasih dan penghargaan tinggi kami kepada Ybhg Dato Seri Zulkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Seterusnya ucapan penghargaan kami tujukan kepada pihak penaja utama kami, Specialized Malaysia di samping penaja bersama Majlis Sukan Negara, Telekom Malaysia, Oakley, Storez 175, Kedai basikal LNL, Power Bar dan Cycling Malaysia. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada petugas-petugas dari Kementrian Kesihatan, Pasukan Medic KPMC, Poliklinik Dinamik, Poliklinik An-Nisa, Klinik Damai, Anggota Polis Trafik IPD Kajang dan Anggota Balai Polis Beranang serta RELA Malaysia.

Tidak dilupakan penduduk Bandar Tasik Kesuma yang telah sudi hadir memeriahkan program serta menyambut kehadiran tetamu dari luar dengan senyuman. Kepada semua petugas Kuntau dan Petugas Sukarelawan, bantuan dan sokongan anda dalam memastikan kelancaran program amatlah dihargai.

Namun di sebalik kejayaan ini, Kelab Kayuhan Kuntau tidak lupa untuk memohon maaf di atas sebarang kelemahan dan kekurangan di dalam usaha kami untuk menjayakan program Jamboree MTB Kuntau 2012 ini. Pihak kami sangat menghargai semua komen-komen yang dilontarkan.

Akhir kata,  Sekalung Tahniah diucapkan semua pemenang Jamboree MTB Kuntau 2012.
Sekali lagi terima kasih untuk semua dan semoga berjumpa lagi di masa-masa akan datang.

5 comments:

  1. salam. bile nak upload photo kami dalam blog nie tuan..

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Gambar-gambar ada di fb Kelab Kayuhan Kuntau http://www.facebook.com/groups/258160627546153/

    atau

    fb Cycling Malaysia
    http://www.facebook.com/cyclingmalaysia

    atau

    fb Engku Iskandar
    http://www.facebook.com/engku.iskandar

    ReplyDelete
  3. saya: mohammad mat ali plat no 398 masih belum menerima T-shirt yg ditukar; semasa event tempohari size baju besau patut M tp jd XL; dah bagi kat urusetia; harap admin dapat membantu ; Harap pd masa depan..V-hole tidak lagi digunakan dalam trek..menyusahkan

    ReplyDelete
  4. pekaba semua rakan2 di BTK...
    dulu saya aktif berbesikal(MTB) bersama2 bbrp org rakan semasa duduk di BTK sekitar 2007-2009 sblm saya berpindah ke United Kingdom. tak sangka BTK ada kelab basikal sebegini ramai ahlinya...tahniah...!!! Insyallah I will back to msia for good this end oct... tak sabar nak join you all kayuh beskal semula...

    cheer
    idai
    sheffield UK
    BTK fasa 4..

    ReplyDelete
  5. Yes Tuan
    Kelab Kayuhan Kuntau dengan ahli seramai hampir 100 orang welcome you as a new potential member. Member Kuntau bukan sahaja dari BTK, malah dari KL, Puchong, Kelang dan yang paling best...ada yang dari Penang.

    Selamat pulang ke tanah air.

    ReplyDelete