ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Tuesday, May 29, 2012

DEAR MOUNTAIN BIKERS
THE JAMBOREE MTB KUNTAU 2012 REGISTRATION
IS NOW
OFFICIALLY CLOSED!!!


Sebarang permohonan beserta pembayaran yang dihantar selepas 2359hrs 31/5/2012 terpaksa kami tolak, dan wang tersebut akan dipulangkan semula (sila kemukakan bukti pembayaran) dalam tempoh sebulan selepas tarikh jamboree berlangsung.


AMANAT PENTING
WAJIB BACA



KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar untuk mengharungi cabaran di JAMBOREE MTB KUNTAU 2012. Sesungguhnya, sokongan tuan/puan semua, amat kami hargai. Ia menjadi satu cabaran kepada kami untuk memberikan yang terbaik agar semua peserta dapat merasai dan menikmati keseronokan berjamboree di tempat kami. Segala pengalaman-pengalaman kami berjamboree dan juga nasihat-nasihat yang kami terima dari rakan-rakan kelab yang lain, akan kami jadi teras bagi menjayakan jamboree ini. Kami telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian serius agar kita semua dapat menempa satu kejayaan besar bersama. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, pasti ada kelemahan di sepanjang hari event tersebut. Kami cuba meminimumkannya supaya ianya tidak meninggalkan impak yang besar kepada temasya ini.

Di sini, kami gariskan beberapa panduan untuk makluman dan dipatuhi oleh semua bakal peserta Jamboree MTB Kuntau 2012. Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di harap, peserta semua selalu mengunjung laman ini untuk info terkini.

1. MASA JAMBOREE - 7.30am - 3.00pm

Flag-off : 8.00am
Penyampaian hadiah : 2.00pm

2. MAKLUMAT SEKTOR

Sektor 1 : BUKIT KEPONG TRAIL : 15 km
Sektor 2 : KUNTAU TRAIL : 15 km
Sektor 3 : LEFTENAN ADNAN TRAIL : 13 km

Note : Permulaan sektor tidak semestinya di lokasi FP ataupun CP.
FP-Feeding point
CP-Check point

3. CUT-OFF TIME.
.
     a. Sector 2 : Tutup jam 10.30am
     b. Sector 3 : Tutup jam 12.30noon
Peserta yang gagal sampai sebelum cut-off time, TIDAK dibenarkan sama sekali untuk meneruskan perjalanan ke Sektor seterusnya. Peserta tersebut boleh memilih untuk mengayuh balik atau dihantar oleh CREW bertugas ke tapak event.






4. STICKER

Terdapat 5 CP (check/sticker point)
     Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.

CP0 : Sticker permulaan.



CP1 : Dalam Sektor 1 - Bukit Kepong Trail

CP2 : Dalam Sektor 2 - Kuntau Trail

CP3 : Dalam Sektor 3 - Leftenan Adnan Trail

CP4 : Sticker Ranking - di garisan penamat
.

 
5. PANDU ARAH dan INFO LALUAN 
.

6. CREW/MARHSALL KUNTAU
Crew Kuntau akan berpakaian mengikut tema trail. Sila perhatikan dan patuhi arahan-arahan mereka.






7. LOKASI BANDAR TASIK KESUMA

Maklumat laluan ke Bandar Tasik Kesuma.
     Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.


9. LOKASI TAPAK ACARA

Maklumat parking (akan dikemaskini akan datang)
     Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.




10. LAIN-LAIN MAKLUMAT PENTING

A. Semua riders WAJIB memakai helmet.
B. Keselamatan peserta adalah atas tanggung jawab peserta itu sendiri.
C. Keselamatan kenderaan, basikal dan lain2 barangan peserta adalah atas tanggungjawab perserta itu sendiri.
D. Kami tidak akan menyediakan 'chain-spray'. Basikal anda MESTI berkeadaan baik dan bersedia untuk Jamboree ini.







- Syed -
Presiden Kelab Kayuhan Kuntau

4 comments:

  1. Hi, can I still join this event even though I missed the registration?

    ReplyDelete
  2. Minta GPS tempat parking & starting point.. Tq

    ReplyDelete
  3. Mintak clarify:-
    - Closing FP (dlm pic) dgn closing sector tak samakan ?
    - Lebih kurang kena complete ~30KM dlm 2.5 hr (sector 2 tutup 10.30am) .. betul ??

    ReplyDelete
  4. Hi all.
    Maklumat dalam plan akan di perbaharui. Harap maklum. tq.

    ReplyDelete