ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Monday, January 30, 2012

Wednesday, January 25, 2012

T-SHIRT RASMI KELAB KAYUHAN KUNTAU

Akan dipakai oleh ahli-ahli kelab buat pertama kalinya di Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kayuhan Kuntau kali pertama tahun 2012 pada Sabtu, 28 January 2012

Tuesday, January 24, 2012

KEDAI BASIKAL PANEL KUNTAU

Tauke Kedai : Mr Yong (016-6661998)
Kedai Basikal LNL
Alamat: No 35 Jln Besar 43000 Semenyih Selangor




Sunday, January 8, 2012

KAYUHAN LEPAS GIAN SEBELUM MASUK ASRAMA

Shamil (berjersey Specialized)


Sabtu 07 jan 2012 , satu kayuhan meraikan kuntau Junior Shamil telah berlasung dalam suasana santai bersempena dengan kejayaan beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah beliau di salah sebuah sekolah agama berasrama penuh di Rembau , Negeri Sembilan.



Tuesday, January 3, 2012

EDISI KE 3 KAYUHAN TAHUNAN KUNTAU KESUMA LAKES - P.DICKSON SUKSES.

Bergambar kenangan setelah tamat kayuhan di Eagle Ranch Resort , Port Dickson.Kayuhan pada 31.12.2011 ini bermula jam 7.oo pagi sejauh 85km.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli kelab yang berusaha dan bekerja keras sehingga misi ini berjaya.InsyaAllah hujung tahun 2012 nanti kita ke destinasi baru dengan jarak yang lebih jauh.

Saturday, December 24, 2011

KAYUHAN TAHUNAN KUNTAU KESUMA LAKE -PORT DICKSON 2011

Edisi ketiga Kayuhan Tahunan Kuntau Kesuma Lake (KL) - Port Dickson akan berlansung pada 31.12.2011.Berbanding 3 ahli untuk kayuhan edisi pertama dan 8 ahli untuk kayuhan edisi kedua , pada edisi ketiga ini seramai 14 ahli telah bersetuju dan memberikan komitmen untuk berkayuh.Kayuhan yang dijangka bermula jam 6.45 pagi akan bermula di Bandar Tasik Kesuma menuju ke Pajam , seterusnya ke Nilai , Salak Tinggi dan berhenti di Pekan Sepang untuk bersarapan.Kayuhan akan bersambung menuju ke Lukut dan berakhir di Eagle Ranch Resort , Port Dickson dengan jarak laluan sejauh 85km.Ahli-ahli kelab yang berkayuh untuk program ini seterusnya akan bermalam bersama keluarga masing-masing( isteri dan anak-anak) dan pulang keesokkan harinya ,01.01.2012.
Kayuhan Tahunan KL - PD edisi pertama - 3 ahli terlibat
Kayuhan Tahunan edisi kali kedua - 8 ahli terlibat

Terima kasih.

Monday, December 19, 2011

JUARA KUNTAU@ FIRE X RIDE JAMBOREE 2011

Sdr Jaafar

Position : 84

GENERASI PELAPIS KUNTAU

Tarikh : 18 December 2011

Lokasi: Ladang Kelapa Sawit , Kg Tarun.





Tuesday, December 6, 2011

KALI PERTAMA




Soffian
Khai

Din

Ali

Ahli Kuntau yang akan beraksi untuk kali pertama di MTB Jamboree iaitu pada 17.12.2011 di Fire X Ride Jamboree 2011.Tahniah dan semoga berjaya menamatkan kayuhan 45km++.




Thursday, November 17, 2011

BULETIN KUNTAU

Kepada: Penggemar aktiviti berbasikal sekitar Semenyih dan Beranang , Selangor

Perkara: Program Kayuhan Santai / Fun Ride Kelab Kayuhan Kuntau sempena Program Persekitaran Selamat Dan Bersih anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 19 MPKj pada 20.11.2011.


Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Kayuhan Santai / Fun Ride anjuran Kelab Kayuhan Kuntau akan diadakan pada 20.11.2011 bertempat di persekitaran tasik , Bandar Tasik Kesuma.


Butiran lanjut program adalah seperti berikut:


Tarikh : Ahad , 20.11.2011

Masa:8.00 pagi (pendaftaran) , 9.00 pagi (mula kayuhan) , 11.00 pagi (kayuhan tamat)

Laluan: Bandar Tasik Kesuma - Kg Sasapan Batu Rembau - Kg Sasapan Batu Minangkabau - Kg Daching Hilir - Kg Daching - Kg Tarun - Bandar Tasik Kesuma.

Jarak : 20 km


Perihal Program :


1. Kayuhan awal akan melalui 'road' sebelum peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu di KM yang ke 15.Peserta diberikan pilihan untuk meneruskan laluan 'road' menuju ke penamat atau mencuba laluan 'off -road ' dan seterusnya tamat semula di kawasan tasik , Bandar Tasik Kesuma.Untuk kedua-dua format kayuhan ini , khidmat bantuan marshall disediakan.


2.Penggunaan semua jenis basikal adalah dibenarkan tetapi bagi laluan 'off-road' basikal yang sesuai dengan laluan adalah digalakkan.


3.Alatan keselamatan seperti pakaian sukan yang lengkap beserta topi keselamatan adalah diwajibkan.


4.Disamping program Kayuhan Santai / Fun Ride , Kelab Kayuhan Kuntau juga akan membuka 'booth' untuk pendaftaran keahlian dan penerangan aktiviti-aktiviti kelab.


Sekian , salam hormat dan terima kasih.

Wednesday, November 9, 2011

KLINIK MTB TERTUTUP KELAB KAYUHAN KUNTAU

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. , tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China.Atas kesedaran untuk berkongsi ilmu MTB di kalangan ahli kelab, maka satu Klinik MTB Tertutup KKK akan di anjurkan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 12.11.2011 , Sabtu

Masa : 8.00 malam
Venue:Rumah VP Kelab Kayuhan Kuntau , En Bob Zuraimi.




Semua ahli Kelab Kayuhan Kuntau di jemput hadir.