DEAR MOUNTAIN BIKERS
THE JAMBOREE MTB KUNTAU 2012 REGISTRATION
IS NOW
OFFICIALLY CLOSED!!!
Sebarang permohonan beserta pembayaran yang dihantar selepas 2359hrs 31/5/2012 terpaksa kami tolak, dan wang tersebut akan dipulangkan semula (sila kemukakan bukti pembayaran) dalam tempoh sebulan selepas tarikh jamboree berlangsung.
AMANAT PENTING
WAJIB BACA
KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar untuk mengharungi cabaran di JAMBOREE MTB KUNTAU 2012. Sesungguhnya, sokongan tuan/puan semua, amat kami hargai. Ia menjadi satu cabaran kepada kami untuk memberikan yang terbaik agar semua peserta dapat merasai dan menikmati keseronokan berjamboree di tempat kami. Segala pengalaman-pengalaman kami berjamboree dan juga nasihat-nasihat yang kami terima dari rakan-rakan kelab yang lain, akan kami jadi teras bagi menjayakan jamboree ini. Kami telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian serius agar kita semua dapat menempa satu kejayaan besar bersama. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, pasti ada kelemahan di sepanjang hari event tersebut. Kami cuba meminimumkannya supaya ianya tidak meninggalkan impak yang besar kepada temasya ini.
Di sini, kami gariskan beberapa panduan untuk makluman dan dipatuhi oleh semua bakal peserta Jamboree MTB Kuntau 2012. Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di harap, peserta semua selalu mengunjung laman ini untuk info terkini.
1. MASA JAMBOREE - 7.30am - 3.00pm
Flag-off : 8.00am
Penyampaian hadiah : 2.00pm
2. MAKLUMAT SEKTOR
Sektor 1 : BUKIT KEPONG TRAIL : 15 km
Sektor 2 : KUNTAU TRAIL : 15 km
Sektor 3 : LEFTENAN ADNAN TRAIL : 13 km
Note : Permulaan sektor tidak semestinya di lokasi FP ataupun CP.
FP-Feeding point
CP-Check point
3. CUT-OFF TIME.
.
a. Sector 2 : Tutup jam 10.30am
b. Sector 3 : Tutup jam 12.30noon
Peserta yang gagal sampai sebelum cut-off time, TIDAK dibenarkan sama sekali untuk meneruskan perjalanan ke Sektor seterusnya. Peserta tersebut boleh memilih untuk mengayuh balik atau dihantar oleh CREW bertugas ke tapak event.
4. STICKER
Terdapat 5 CP (check/sticker point)
Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.
CP0 : Sticker permulaan.
CP1 : Dalam Sektor 1 - Bukit Kepong Trail
CP2 : Dalam Sektor 2 - Kuntau Trail
CP3 : Dalam Sektor 3 - Leftenan Adnan Trail
CP4 : Sticker Ranking - di garisan penamat
.
5. PANDU ARAH dan INFO LALUAN
.
6. CREW/MARHSALL KUNTAU
Crew Kuntau akan berpakaian mengikut tema trail. Sila perhatikan dan patuhi arahan-arahan mereka.
7. LOKASI BANDAR TASIK KESUMA
Maklumat laluan ke Bandar Tasik Kesuma.
Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.
9. LOKASI TAPAK ACARA
Maklumat parking (akan dikemaskini akan datang)
Click pada gambarajah untuk 'zoom in'.
10. LAIN-LAIN MAKLUMAT PENTING
A. Semua riders WAJIB memakai helmet.
B. Keselamatan peserta adalah atas tanggung jawab peserta itu sendiri.
C. Keselamatan kenderaan, basikal dan lain2 barangan peserta adalah atas tanggungjawab perserta itu sendiri.
D. Kami tidak akan menyediakan 'chain-spray'. Basikal anda MESTI berkeadaan baik dan bersedia untuk Jamboree ini.
- Syed -
Presiden Kelab Kayuhan Kuntau