Sabtu 24.09.2011 , Persiapan untuk majlis bersejarah Kelab Kayuhan Kuntau pada malam tersebut telah berlansung sejak dari pagi lagi.Kuntaurina sibuk membeli belah di pasar dan masak-masak sementara Kuntau lelaki tidor sebab Jumaat malam penat kayuh off -road..hehe..
Persiapan bertambah rancak di waktu petang , mana nak gantung lampu lip-lap ni ?banner kayuhan santai dan Langkawi (LIMB Challange 2010) siapa simpan?ok ok dah jumpa dah , mana nak gantung? Bob Zuraimi , tuan rumah sibuk tonyoh lantai. Laaaaa awat hangpa pakai selipar , aduhhhhhh penat Bob kasi kilat lantai.Slide show sudah bikin?Itu Pian , Zul dan Abang Sham punya kerja!!beres.....dah dah jom balik mandi dan gosok baju melayu sebab dah pukul 7 malam ni.
7.45 malam - Ketibaan ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau bersama sumbangan makanan.
8.10 malam - Ketibaan rakan MTB Haji Rahim(Fasa 1M) , Mr David Ong dan Uncle Tong dari Cheras.
8.15 malam- Ketibaan tetamu kehormat YBhg. Dato' Zolkples Embong , Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.
Acara di mulakan pada jam 8.40 malam oleh Saudara Mohd Ali Hanapiah selaku Pengacara Majlis.Ucapan alu-aluan ''Selamat Datang dan Terima Kasih'' ditujukan kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.
Ucapan Presiden Kelab , Syed Shanzan Muzamir seterusnya mengambil tempat yang mana Presiden juga mengalu-alukan kehadiran semua di samping menghuraikan sedikit sebanyak matlamat penubahan kelab , latar belakang dan sejarah kelab serta perancangan kelab di masa hadapan.
Hadirin seterusnya memberikan tumpuan kepada ucapan YBhg. Dato Zolkples Embong yang merasa bangga atas usaha dan perancangan ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau sehingga kelab akhirnya berjaya di daftarkan sebagai sebuah kelab sukan yang sah di Suruhanjaya Sukan Malaysia.
Majlis seterusnya diserikan dengan penyampaian Sijil Kelab Kayuhan Kuntau oleh YBhg. Dato Zolkples Embong kepada Presiden Kelab.
Aturcara ucapan dan penyampaian sijil di akhiri dengan laungan penuh semangat ''KUNTAU BOLEH" yang dipimpin oleh Pengacara Majlis.
Jamuan makan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Kayuhan Kuntau seterusnya mengambil tempat dan tamat sekitar jam 11.30malam.