Edisi ketiga Kayuhan Tahunan Kuntau Kesuma Lake (KL) - Port Dickson akan berlansung pada 31.12.2011.Berbanding 3 ahli untuk kayuhan edisi pertama dan 8 ahli untuk kayuhan edisi kedua , pada edisi ketiga ini seramai 14 ahli telah bersetuju dan memberikan komitmen untuk berkayuh.Kayuhan yang dijangka bermula jam 6.45 pagi akan bermula di Bandar Tasik Kesuma menuju ke Pajam , seterusnya ke Nilai , Salak Tinggi dan berhenti di Pekan Sepang untuk bersarapan.Kayuhan akan bersambung menuju ke Lukut dan berakhir di Eagle Ranch Resort , Port Dickson dengan jarak laluan sejauh 85km.Ahli-ahli kelab yang berkayuh untuk program ini seterusnya akan bermalam bersama keluarga masing-masing( isteri dan anak-anak) dan pulang keesokkan harinya ,01.01.2012.
Kayuhan Tahunan KL - PD edisi pertama - 3 ahli terlibat
Kayuhan Tahunan edisi kali kedua - 8 ahli terlibat
Terima kasih.