FRIENDLY RIDE KUNTAU/KAYUHBEB/KNR
Pada Hari Buruh iaitu pada 1.5.2013, Kelab Kayuhan Kuntau telah menjadi tuan rumah utk kayuhan santai bersama Kayuhbeb dan KNR. Setelah bersarapan, kayuhan bermula tepat pada jam 9pagi, yang mana dikira agak lewat bagi menghabiskan satu aktiviti yang agak lama. Cuaca pada mulanya mendung, bertukar kepada hujan renyai2 bila rider mula memasuki off-road berhampiran Fasa 8. Kayuhan diteruskan sehingga ke Taman Tasik Semenyih. Disini bermulalah pendakian ke Bukit Broga melalui laluan Broga reverse. Agak mencabar kerana laluan yang basah, berlecak dan berlubang. Kami tiba di Pekan Broga pada jam 12.15 tghari. Rancangan asal untuk sambung ride ke Jeram Kedah dibatalkan kerana sudah agak lewat. Sampai semula di Kesuma 3B pada jam 12.45tghari.Tidak banyak insiden berlaku. Hanya satu tayar pancit dan 2 riders jatuh.
Terima kasih kepada Kayuhbeb dan KNR kerana sudi datang dari jauh utk bersama kayuh di Broga. Jumpa lagi di lain kali utk melengkapkan hajat yang tak kesampaian.
No comments:
Post a Comment