ABOUT US

My photo
Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor, Malaysia
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) is a non-profit cycling club that is funded through its membership. Formerly known as Bdr Tsk Kesuma 3B MTB Club, Kuntau now has more that 230 members from all around Malaysia. Centered at around Semenyih area, Kuntau members come from as far as Segamat, Kelang, Puchong, Kuala Lumpur, Penang and Sg Petani. Our President, Tuan Syed Shahzan has been elected as the lifetime President. As a registered cycling club, Kuntau organises a wide range of formal & non-formal activities designed to enhance the riding opportunities for existing cyclists and make it easier for new entrants to take up cycling. Cyclist around Malaysia are welcome to join our weekly activities. To name a few, Kuntau has organised Jamboree Kuntau in 2012 with 1400 participants. The club also conducted a series of Mini Jamborees back in 2009 and 2010. With some other neighbouring cycling clubs, we carried out some friendly rides around Ulu Beranang and Broga area. Recently we organised a very joyful event for the club member, the Kuntau Internal Jamborace 2013. We also conducted a must have 2-weekly activities which are the Friday nite ride and Sunday morning off-road Ulu Beranang ride.

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)

PERASMIAN KELAB KAYUHAN KUNTAU (KKK)
Kelab Kayuhan Kuntau (KKK) yang ditubuhkan pada tahun 2009, telah didaftarkan dengan Pesuruhanjaya Sukan Malaysia (PSM) pada 4 Julai 2011. Kemudian secara rasmi telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBah Dato' Zolkples Embong pada 17 September 2011. Gambar diatas adalah acara penyerahan sijil pendaftaran PSM dari Dato' Zol kepada Presiden hensem KKK En Syed.

SHOUTBOX

Wednesday, September 28, 2011

Ulang kaji dan Ulang tayang Sektor 2 PCC 2011

Tarikh: 25.09.2011 , Ahad.



Laluan: Kesuma - Ulu Branang-Kg Jeram Kedah - Lenggeng-Kesuma.



Jarak:40km



Mula:8.30pagi



Tamat:1.30 tghari.





-Khalil a.k.a Navigator bersama Hanapi-




-Sharul (depan), Juara Kuntau di UKM Mini Jamboree-




-Amran , rentak kayuhan yang semakin ''gedebe''



-Fizal , usahawan Kelab Kayuhan Kuntau-






-Aksi ''cuci-cuci the movie'-



-Zul , dah biasa buat ni masa kecik-kecik dulu-


- Bro Syam , tahniah , mission completed-













- Jaafar (kanan) , aksi pertama selepas 2 bulan berehat-

Walaupun penat masih terasa menyiapkan tugasan di Jamuan Hari Raya dan Pelancaran Kelab Kayuhan Kuntau pada malam sebelumnya,misi ulang kaji dan ulang tayang ini tetap mantap.




Tuesday, September 27, 2011

Majlis Penyerahan Sijil Kelab Kayuhan Kuntau Oleh YBhg. Dato' Zuklples Embong.



Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dan Pelancaran Kelab Kayuhan Kuntau.

Sabtu 24.09.2011 , Persiapan untuk majlis bersejarah Kelab Kayuhan Kuntau pada malam tersebut telah berlansung sejak dari pagi lagi.Kuntaurina sibuk membeli belah di pasar dan masak-masak sementara Kuntau lelaki tidor sebab Jumaat malam penat kayuh off -road..hehe..

Persiapan bertambah rancak di waktu petang , mana nak gantung lampu lip-lap ni ?banner kayuhan santai dan Langkawi (LIMB Challange 2010) siapa simpan?ok ok dah jumpa dah , mana nak gantung? Bob Zuraimi , tuan rumah sibuk tonyoh lantai. Laaaaa awat hangpa pakai selipar , aduhhhhhh penat Bob kasi kilat lantai.Slide show sudah bikin?Itu Pian , Zul dan Abang Sham punya kerja!!beres.....dah dah jom balik mandi dan gosok baju melayu sebab dah pukul 7 malam ni.


7.45 malam - Ketibaan ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau bersama sumbangan makanan.

8.10 malam - Ketibaan rakan MTB Haji Rahim(Fasa 1M) , Mr David Ong dan Uncle Tong dari Cheras.

8.15 malam- Ketibaan tetamu kehormat YBhg. Dato' Zolkples Embong , Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

Acara di mulakan pada jam 8.40 malam oleh Saudara Mohd Ali Hanapiah selaku Pengacara Majlis.Ucapan alu-aluan ''Selamat Datang dan Terima Kasih'' ditujukan kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.

Ucapan Presiden Kelab , Syed Shanzan Muzamir seterusnya mengambil tempat yang mana Presiden juga mengalu-alukan kehadiran semua di samping menghuraikan sedikit sebanyak matlamat penubahan kelab , latar belakang dan sejarah kelab serta perancangan kelab di masa hadapan.

Hadirin seterusnya memberikan tumpuan kepada ucapan YBhg. Dato Zolkples Embong yang merasa bangga atas usaha dan perancangan ahli-ahli Kelab Kayuhan Kuntau sehingga kelab akhirnya berjaya di daftarkan sebagai sebuah kelab sukan yang sah di Suruhanjaya Sukan Malaysia.

Majlis seterusnya diserikan dengan penyampaian Sijil Kelab Kayuhan Kuntau oleh YBhg. Dato Zolkples Embong kepada Presiden Kelab.

Aturcara ucapan dan penyampaian sijil di akhiri dengan laungan penuh semangat ''KUNTAU BOLEH" yang dipimpin oleh Pengacara Majlis.

Jamuan makan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Kayuhan Kuntau seterusnya mengambil tempat dan tamat sekitar jam 11.30malam.